Friday, October 1, 2010

Esay Access

Buat masa ini, hanya terdapat dua pintu masuk untuk ke Pasir Gudang dan kawasan yang dilingkungannya, iaitu menggunakan jalan darat dan menggunakan jalan air. Penggunaan jalan udara adalah tidak digalakan kerana bukan sahaja menuntut kos yang tinggi, malah tiada landasan kapal terbang yang bersesuaian dengan saiz kapal terbang komersil. Penggunaan helikopter dibolehkan kerana terdapat kawasan mendarat disediakan (Di Taman Air Biru - Taman Udara Biru)

Bagi pengunjung yang ingin melalui jalan darat, mereka hanya perlu memilih jalan yang sesuai dengan lokasi mereka. Mereka boleh menggunakan Jalan Masai Lama atau Lebuhraya Pasir Gudang - Perling, atau Lebuhraya Senai - Pasir Gudang.

Beberapa tahun akan datang, apabila projek pembinaan lebuhraya yang menghubungkan Pasir Gudang - Senai - Desaru serta lebuhraya yang menghubungkan Stulang - Pasir Gudang siap dibina, maka kesesakan lalu lintas yang pada masa ini kerap berlaku, dapat diatasi dan menambahkan alternatif kepada pengguna untuk memasuki atau keluar Pasir Gudang.

Selain itu, Terminal Feri yang terdapat di Pasir Gudang membolehkan hubungan langsung antara Indonesia - Pasir Gudang - Singapore

1 comment:

  1. How to get to MGM Grand in Maricopa by Bus from the
    Directions to 울산광역 출장샵 MGM Grand (Maricopa) with public 서귀포 출장샵 transportation. The following transit 경상북도 출장마사지 lines 안동 출장안마 have routes that pass near MGM 속초 출장마사지 Grand.

    ReplyDelete